Home » » Asal Usul Orang Bunian

Asal Usul Orang Bunian

Asal Usul Orang Bunian





Satu dari golongan makhluk halus mempunyai wajah dan fizikal seperti manusia mempunyai struktur masyarakat, pemerintahan, agama, berkeluarga mendirikan rumah dan berkampung.
Dikatakan mendiami berdekatan dengan manusia, bukit atau hutan belantara. Orang bunian juga suka mendiami di hulu sungai atau punca mata air.  Berbagai pendapat tentang orang bunian diantaranya;
1) Bunian itu adalah jin
2) Hasil dari perkahwinan jin dan manusia
3) Berasal dari manusia
Secara amnya ramai yang berpendapat bunian itu dari bangsa jin, terutamanya dari golongan cerdik pandai agama. Banyak pendapat mengatakan perkahwinan manusia dan jin tidak dapat menghasilkan zuriat. Ini kerana berlainan unsur kejadian jasad.
Tetapi orang bunian marah kalau kita katakan dia itu jin, mereka mengatakan kami adalah orang bunian bukannya jin. Memang tidak ada dalil yang sahih untuk dipegang dalam masaalah ini. Cuma dugaan semata-mata.

Asal-usul orang bunian pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman



Pada suatu hari Nabi Sulaiman terasa ingin benar untuk memakan kijang putih. Baginda menawarkan hadiah dan penghormatan kepada sesiapa yang berjaya mendapatkannya.

Kisah ini telah sampai ke pengetahuan seorang Raja dan beliau telah mengerahkan seorang puteranya untuk pergi memburu kijang putih.
Setelah sekian lama masa. Mereka pun pulang dengan hasil buruannya. Setelah siap dimasak, maka datanglah Nabi Sulaiman untuk menjamu selera.
Apabila Nabi Sulaiman mahu menjamahnya makanan itu, dengan tak semena-mena daging masakan itu melompat keluar dari bekas hidangan.
Maka tahulah Nabi Sulaiman bahawa daging itu adalah makanan yang haram iaitu anjing putih.


Maka sang sang raja berasa sangat malu dan hiba. Oleh kerana perasaan malunya tidak dapat dibendung lagi, mengenangkan keturunannya akan menjadi buah mulut orang hingga akhir . Jadi sang raja bertekad memohon kepada Nabi Sulaiman agar dia dan keturunannya dihilangkan dari pandangan mata manusia.
Walaupun Nabi telah menasihati agar melupakan hasratnya itu, tetapi raja itu tetap berdegil dengan keputusannya itu. Nabi Sulaiman berpesan bahawa permintaan mereka itu tidak boleh diubah-ubah lagi sehingga habis keturunan mereka
Maka Nabi pun berdoa pada Allah agar mereka dighaibkan dari pandangan manusia. Dengan berkat doa Nabi Sulaiman mereka digumpalkan dengan sebahagian besar api dan dilemparkan ke alam jin
Demikianlah sebuah cerita asal-usul orang bunian. Mahu percaya pun boleh, tidak mahu percaya pun tidak mengapa. Sebab itulah kita dengar cerita manusia berkahwin dengan bunian dan peroleh anak.
Munasabah juga sebab bunian mempunyai unsur tanah seperti manusia berbanding jin dari api semata-mata. Makhluk bunian dikatakan paling banyak dan mudah berinteraksi dengan manusia

0 ulasan: