Home » » Ayat Kunci Khazanah Langit Dan Bumi

Ayat Kunci Khazanah Langit Dan Bumi

Ayat Kunci Khazanah Langit Dan Bumi





بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dikhabarkan bahawa Sayidina Uthman Ibnu Affanr.a. pernah meminta penjelasan lanjut berkenaan firman Allah SWT tentang “Maqalad As-SamawiWal-Ardh” (Kunci Langit Dan Bumi) ini dari Rasulullah SAW.
Baginda Rasulullah SAW telah bersabda katanya; “Kamu bertanya kepadaku wahai Uthman, soalan yang belum pernah ditanyakan kepadaku oleh sesiapa pun sebelummu. Besar faedahnya". Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi itu adalah seperi mana Ayat berikut:
Ertinya:
Tiada yang disembah melainkan Allah
Allah Maha Besar, Maha Suci Engkau
Segala puji bagi Allah
Aku mohon ampun kepada Allah
Tiada yang patut disembah melainkan Dia
Dia yang awal, Dia yang akhir
Dia yang zahir, Dia yang batin
Yang menghidupkan yang mematikan
Dia yang hidup tanpa mati
Pada-Nya segala kebaikan
Dan Ia berkuasa atas segala sesuatu
Perhatikan Firman Allah didalam surah (Az-Zumar;63)
 “Kepunyaan Allah  kunci-kunci perbendaharaan ruang angkasa langit dan bumi; (orang-orang  percayakan yang demikian beruntunglah) dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah yang jelas nyata itu, mereka itulah orang-orang yang paling rugi”.
“Wahai Uthman! Kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. Kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu.  Yang bermaksud kemuliaan. Kemuliaan dunia dan akhirat
Di antara kelebihan ayat tersebut;
>Mendapat keampunan dan rahmat dari Allah
>Mendapat ganjaran pahala yang besar
>Mendapat pemeliharaan dari Allah dari musuh dan penyakit
>Untuk mengubati penyakit
>Mendapat kemuliaan dunia dan akhirat

0 ulasan: