Latest Article Get our latest posts by subscribing this site

Khasiat Dukung Anak

 Khasiat Dukung Anak



Nama Saintifik:  Phyllanthus niruri
Nama Biasa: Dukung Anak
Nama lain: kelek anak,Meniran,Bhuaiuonla,kiranelligida,Stone Breaker
Famili: Eurphorbiaceae
Asal: Asia Tenggara
Taburan: IklimTropika
 Kategori: Tumbuhan Liar

Keterangan
Pokok herba yang tumbuh  liar sekitar kawasan rumah tepi longkang kawasan panas terutamanya dalam pasu bunga. Berdaun kecil, terdapat buah dibahagian bawah sepanjang dahan. Batang pokok sebesar 4mm, ketinggian mencapai 70cm.

Kandungan  Fitokimia
  1. Geraniin
  2. Niruriside
  3. Phyllanthin
  4. Rutin

Khasiat Ubatan
Mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Bersifat diuretik (lawas buang air kecil), anti- kolestrol dan anti-bakteria sangai sesuai untuk penyakit berkaitan dengan hati dan buah pinggang.
Ia juga diguna untuk mengubati ceret-beret, kencing atau berak berdarah, kencing manis, batu karang, batu hempedu, penyakit kulit dan akarnya penawar penyakit kuning.
Herba dukung anak dikatakan dapat mengawal penyakit hepatitis B

Keutamaan Buah Manggis

Keutamaan Buah Manggis



Nama Saintifik: Garcinia mangostana
Nama biasa: Manggis
Famili: Guttiferae
Asal: Kepulauan Sunda dan Maluku
Kategori: Buah
 Dimahkotakan sebagai Ratu Buah kerana khasiat kulitnya yang tiada tolok bandingnya kerana kaya dengan antioksidan. Buah manggis kaya dengan 40 dan lebih bahan Xanthones.Merupakan sejenis super-antioksida.  Mampu menyembuhkan berbagai jenis penyakit berbanding buah-buahan lain. 

Kandungan fitokimia
Selenium, cathechins, fiber, polyphenols, polisakanida, karbohidrat, protein, besi, tanin, antosianin, antiolsidan resin, pektin, bahan pahit, catecol, triterpinoid, xanton, asid malik, vitamin A,C, B1 & B2
Xanton mengandungi 40 dinataranya mangosting, mangostenol, mangostinonA, mangostenon B, trapezifolizanthone, tovophylin B, alfamangostin, beta mangostin,garsinon B, mangostanol, gamma-mangostin, flavonoid dan gartanin


Ciri-Ciri Utama Manggis:
1) Anti-bakteria
2) Anti-peradangan (anti-inflamasi).
3) Anti kanser
4) anti-oksidan.
5) Sistem imunisasi-Memperkuat sistem kekebalan tubuh melawan penyakit
6) Anti-kolesterol

Manfaat Manggis Dalam Perubatan :
+ Mencegah penyakit Alzheimer.
+ Melindungi otot jantung dan hati
+ Menghilangkan kelesuan
+ Menambahkan tenaga
+ Merawat penyakit kulit
+ Menambah darah
+ Dapat mengurangkan kadar gula dalam darah.
+ Mencegah penyakit Diare.
+ Mencegah penyakit Urat Syaraf.
+ Mencegah penyakit Katarak.
+ Mencegah kerapuhan tulang.
+ Menurunkan tekanan darah tinggi.
+ Awet muda
+ Menegangkan kulit.
+ Menurunkan berat badan.
+ Seriawan
+ Rematik
+ Artritis
+ Pendarahan(bleeding) bagi wanita
+ Tuberculosis(batukTB)
+ Asma
+ Gangguan pernafasan
+ Stroke
+ Ulser
+ Gastrik
+ Cirit-birit
+ Selsema (flu)


Rahsia Kehebatan Bawang Putih

Rahsia Kehebatan Bawang Putih


Nama Saintifik:  Allium sativum 
Nama biasa:  Bawang Putih 
Nama Lain:  khidjana (Mesir Purba),shûm (hebrew),  ajo (Sepanyol), Knoblauch (Jerman), suan (china), lasuna (India), skórodon (Greek lama),  ail dalam (Perancis), dan aglio (Itali)
Famili:  Alliaceae
Asal:  tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan,Turkmenia, Uzbekistan danutara Iran, Afghanistan dan Pakistan.
Kategori: Rempah


Kandungan Fitokimia
Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g),serat (2.1 g), lemak (0.5 g),protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram), thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram), riboflavin(vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7 mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg), zat besi (1.7 mg), magnesium (25 mg), fosforus(153 mg), kalium (401 mg), natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ialah seperti mangan (1.672 mg) danselenium (14 micrograms).

Khasiat Ubatan
Mengurangkan Risiko Angin Ahmar.  Bawang putih mampu penghasilan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.
Mengurangkan Risiko Kanser.  Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.
Mengandungi Iodin.  Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.
Anti-bakteria dan Anti-virus . Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
Miningkatkan Sistem Imunisasi. Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
Anti-Inflamasi. Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.
Membantu Sistem Pencernaan.  Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
Anti-Kolesterol Kolesterol.  Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
Mengurangkan Angin Dalam Tubuh/ Perut.  Sekiranya anda mengalami kembung perut secara tiba-tiba atau di tengah malam akibat daripada tersalah makan atau perut masuk angin, anda boleh mencuba mengubati dengan mengambil dua ulas bawang putih dan bakar. Setelah itu buang kulitnya dan makanlah bawang putih tersebut.
Merawat  Batuk. Seulas bawang  putih dibakar di atas api perlahan selama 2 minit. Selepas itu dibuangkan kulitnya, dibasuh dan dimakan.
Melancarkan Haid. Air rebusan daunnya diminum untuk merangsang dan melawaskan haid.
Bersifat Diuretik. Memiliki kesan laksatif  yang  bekerja dengn cepat sekaligus berkesan melancarkan pembuangan air kecil.
Bersifat  Afrodisiak. Dimasak dengan susu kambing,  kemudian dicampur minyak sapi dan madu. Khasiatnya dalam merangsang ghairah seksual, sakit sendi, sakit  pinggang dan sakit  pinggul.
Anti-Diabetes. Meningkatkan insulin darah dan menurunkan gula.

Peringatan
>Sebaiknya hindari pengambilan bawang  putih  sebelum pembedahan kerana ia boleh mencegah pembekuan darah 
>Pengambilan bawang  putih setiap hari tidak boleh melebihi 5 ulas (18g) mentah bagi tujuan perubatan. Dan pengambilan berterusan untuk tujuan kesihatan tidak lebih dari 2 ulas. Kadar kekuatan 1 ulas bawang putih bersamaan dengan 5 ulas yang telah dimasak.
>Kesan pengambilan bawang  putih secara berlebihan. Ianya boleh mencegah kelenjar tiroid dalam menggunakan iodin dengan cara yang betul. Menyebabkan anemia, mual, rahim mengecut bagi wanita hamil dan sebagainya.
>Dilarang mengambil  bawang  putih ketika perut kosong. Pengambilannya sedirian (tanpa campuran) boleh membakar sistem pencernaan..

Madu Lebah Raja Segala Penawar

Madu Lebah Raja Segala Penawar 


Madu ialah sejenis manisan dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga
Madu adalah merupakan salah satu di antara beberapa makanan yang disebut di dalam kitab Al-Quran di mana di sebalik penciptaan madu itu terkandung ribuan rahmat dan faedah kepada manusia serta makhluk lain yang mendiami bumi ini.




Ia merupakan penawar kepada pelbagai penyakit
Di sini kita dapat simpulkan bahawa madu merupakan makanan sunnah dan mengandungi banyak khasiat dan dijadikan ubatan sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran.
Allah SWT berfirman, “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamyaterdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya.” (An-Nahl 16: 68-69)
Rasulullah SAW bersabda, “Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” (HR Ibnu Majah, at-Tirmizi)
Lebah merupakan antara serangga yang disebut di dalam Al-Quran selain semut (an-Naml) dan labah-labah (al-‘Ankabuut). Sifat lebah yang hidup secara berkoloni (berjamaah) dan sifat serta sikapnya yang bekerja berasaskan pembahagian tugasan serta disiplin yang tertentu, merupakan ibrah dan panduan yang seharusnya kita sebagai manusia teladani. Lebah hidup bersosial, bekerjasama dan saling bergantungan.
Dalam kelompok lebah, ada yang berfungsi sebagai lebah ratu (tunggal), ada lebah jantan dan majoriti adalah lebah pekerja, iaitu lebah betina yang mempunyai sistem reproduksi tidak berkembang, dan kepelbagaian fungsi tugas ini perlu-memerlukan.
Seperti yang dinyatakan dalam ayat surah An-Nahl di atas, Allah SWT menggambarkan lebah telah diperintahkan olehNya untuk membuat sarang-sarang di tempat-tempat tertentu seperti di bukit-bukit, di pokok-pokok , malah ditempat-tempat khas yang dibina oleh manusia.
Daripada sifat inilah, lebah memilih nutrien-nutrien yang istimewa dari khazanah alam dan seterusnya menghasilkan madu. Lebah bukan sekadar memilih yang terbaik untuk diri mereka sendiri, malah memberi yang terbaik untuk manfaat yang lainnya
Madu dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, jantung serta buah pinggang yang punca utamanya kerana kelebihan kandungan gula dan kolestrol dalam tubuh badan manusia.
Dengan memakan madu disamping pemakanan yang seimbang, insyaAllah tubuh manusia akan sihat dan penyakit dapat dikawal daripada menjadi lebih teruk dan kronik.
Kebanyakan mikroorganisma tidak hidup dan membesar dalam madu kerana kurangnya aktiviti air iaitu 0.6 dalamnya.  Namun, madu kadang-kala terkandung endospora dorman bakteria Clostridium botulinum, iaitu berbahaya kepada bayi, kerana endospora itu boleh menukarkan bakteria penghasil racun dalam perut bayi tersebut, seterusnya menyebabkan sakit dan mungkin membawa kepada kematian


Kandungan fitokimia
Multivitamin seperti: A, B1, B2, B3, C, B6, B5, D, K, E, F,
Asia yang terkandung dalam madu adalah: asid folik dan asid nikotanik, asid formik, asid lactik, asid atrik, asid tartarik, asid oxalid, asam fosfat, dan asam glukomat.
Di dalam madu juga terkandung hormon-hormon kuat yang berfungsi menggiatkan dan memacu kerja organ-organ tubuh.
Garam mineral seperti: magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat, zink,besi, fosforus, sulfur, magnesium, kalium, sodium, klorin, tembaga, krom, nikel, lead, silica, mangan, alumininum, aurum, lithium, thin, uranium dan titanium.    fruktosa monosakarida, glukosa,
Enzim; glucose oxidase, amylase. enfertise, katalise, fosforustise danbanyak lagi
 Ciri-Ciri Utama Madu
Madu lebah asli memang diakui mengandungi Antibakteria, Anti-fungus, Anti-virus, Anti-oxidant, Anti-inflammatori, Anti-kancer, Anti-kolestrol. Analgesik, Anti-pyretik, Aphrodisiak, Anti-fertiliti, Anti-penuaan, Anti-diabetik, Anti-septik, Pengawet,
Antioksida dalam madu lebah mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik. . Kajian oleh ahli kimia juga mendapati madu lebah mengandungi bahan anti-radikal bebas (bahan anti-oksida). . Antara bahan yang terdapat pada madu lebah sebagai agen menyisih radikal bebas adalah flavanoid, karotin (carotenoid) dan asid fenolik (phenolic).
Bahan aktif di dalam madu yang dipanggil eucalyptol mampu bertindak sebagai antiseptik untuk mencegah jang­kitan kuman dan kulat.
Madu asli memiliki senyawa organik yang mempunyai karakter anti bakteri antara lain glikosida, polyphenol,flavonoid.
Sebagai antibiotik, madu memiliki senyawa hidrogen pe-roksida yang mampu membunuh mikroorganisme patogen.
Memperkuatkan sel darah putih yang dapat membunuh bakteria-bakteria jahat seperti E. Coli, Vibrio Cholera dan sebagainya
Mengandungi zat hidrogen berat (deuterium) sebagai pencegah kanser



Manfaat Madu Dalam Perubatan 
  1. Melegakan sakit tekak dan batuk, Ini kerana madu mempu­nyai sifat antibakteria yang­ mampu menghalang jangkitan bakteria dan mengurang­kan kesakitan.  Menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah.Dengan mencampurkan satu sudu teh madu dengan lemon atau asam jawa dengan sedikit air.
  2. Sebelum penciptaan peti kecemasan atau ‘first aid’, madu sering digunakan untuk merawat luka dan kecederaan ringan. Dengan sifat antibakteria di dalamnya, madu mampu menghalang pembentukan bakteria pada kawasan yang cedera dengan berkesan dan mempercepatkan proses penyembuhan
  3. Menjadikan kulit lebih cantik,Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam madu boleh mencantikkan, melembap dan menghaluskan kulit. Untuk wanita yang baru melahirkan anak, mereka disyorkan me­ngambil madu bagi menganjalkan kembali tubuh supaya kelihatan lebih cantik seperti sedia kala.
  4. Madu lebah membekalkan karbohidrat dan memberi tenaga dalam bentuk kalori yang diperlukan oleh manusia kerana kandungan gulanya yang tinggi melebihi 80% daripada kandungan bahan keseluruhan madu lebah
  5. Tidak seperti sesetengah ubat-ubatan yang tidak boleh diambil ketika mengandung, madu adalah makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu mengandung. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yangmengandung
  6. Bersifat Aphrodisiak,Mampu membangkit ghairah seksual. Dengan mencampurkan satu sudu makan madu dan kuning telur (ayam kampung) atau susu kambing, dikacau dan diminum
  7. Menyembuhkan penyaki katarak, dan membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas.
  8. Menghilangkan kusta dan Masaalah jangkitan kulit,
  9. Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan. Memudahkan pergerakan usus semasa membuang air. Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar. Dan mencegah buasir
  10. Memulihkan sel-sel urat besar.
  11. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah
  12. Mengurangi kandungan lemak dan memperkuatkan degupan jantung
  13. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
  14. Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
  15. Menyembuhkan penyakit dalam perut
  16. Mempercepatkan kesan peyembuhan luka dari pembedahan
  17. Menghindarkan badan letih dan lesu
  18. Kurangkan kesakitan bila datang haid.
  19. Baik untuk perempuan bersalin. Madu memberikan tenaga segera dan menambahkan darah untuk memulihkan tubuh badan yang lemah
  20. Awet muda, dengan pengambilan madu secara berterusan boleh melambatkan proses penuaan. Kerana kolagen memainkan peranan untuk menjadikan kulit kita kelihatan sihat, muda, lembut dan sekata.
  21. Madu lebah boleh merawat penyakit jantung seperti lemah jantung dan saluran jantung tersumbat.
  22. Merawat osteoporosis,
  23. Madu lebah boleh melambatkan menopos.
  24. Sakit kepala, madu dicampurkan dengan limau bersama air putih diminum
  25. Mengubati gejala Insomnia dan penyakit mental
  26. Dapat mengatasi masaalah wanita seperti kemandulan, senggugut kelahiran dan penyakit ginekologik (sistem reproduksiwanita)
  27. Membersihkan paru-paru dan hati

Peringatan
Jangan makan madu dalam masa empat jam anda makan ubat. Kerana madu boleh melemahkan fungsi ubat
Hindari mengambil madu bersama tembikai kerana tindak balas kimia yang terhasil daripada percampuran dua makanan itu boleh mendatangkan reaksi negatif pada tubuh,
Elakkan minum madu dengan banyak sekaligus, iaitu seperti minum air. Risikonya apabila anda tersedak kepekatan dan ketajaman madu boleh melukakan saluran hidung. Hendaklah mengambilnya dengan ukuran sudu teh, dan di kemam sikit-sikit.