JALAN MENUJU TAKWA
Posted by solahuddin al idrus
Posted on Mei 17, 2018
with No comments
Takwa dalam bahasa Arab bererti memelihara diri dari siksaan Allah, dengan mengikuti segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya
Dapat diertikan bahwa takwa yang paling sederhana adalah Sifat serta Sikap ketaatan kita (seorang mukmin) terhadap syari’at-syari’at Allah. Yaitu dengan menjalankan segala apa yang diperintah oleh Allah dan Menjauhi segala apa yang dilarang Oleh Allah.
Maksudnya adalah, seseorang disebut muttaqin (bertakwa) apabila ia mampu menguasai diri dengan selalu menjalankan segala kebaikan serta selalu memelihara diri dari perbuatan keji dan mungkar.
Allah ‘Azza wa Jalla memerintahkan untuk kita bertakwa kepada-Nya, dan memberitakan bahwa ketakwaan adalah tanda keberhasilan dan kemenangan di dunia dan akhirat.
Allah SWT memerintahkan kita untuk selalu bertaqwa kepada-Nya, sebagaimana dalil ayat berikut ini mengenai perintah untuk bertaqwa kepada-Nya:
“Wahai orang-orang yang beriman betakwalah kalian kepada Allah dengan sebenar-benarnya takwa kepada-Nya dan jangan kalian mati kecuali dalam keadaan Islam” (Ali Imron: 102).
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan". (Qs Al Hasyr : 18)
Takwa merupakan wasiat dan pesanan Allah kepada hamba-hambaNya yang selalu diingatkan di dalam Al Quran. Takwa merupakan faktor yang menjadikan manusia dapat memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang bertakwa, maka Allah akan menjadikan bagi orang tersebut furqan. Sehingga ia akan mampu membedakan antara kebenaran dan kebathilan. Barang siapa yang bertakwa, Allah akan memberikan baginya rizki dari arah yang tidak disangka-sangka (dunia dan akhirat). Orang yang bertakwa akan mendapatkan tempat yang aman di akhirat. Sungguh ia berada di tempat yang mulia di sisi Allah Ta’ala.
Hakikat takwa, ialah kita mencari perisai yang bisa melindungi diri dari adzab Allah. Yaitu dengan cara menjalankan setiap perintah Allah dan menjauhi setiap larangan-Nya. Apabila mampu berbuat demikian, maka kita akan menjadi orang yang bertakwa kepada Allah. Untuk itu, semestinya kita berhati-hati dalam bertindak, bersikap cermat dan berilmu tentang halal dan haram.
Berikut adalah syarat-syarat untuk mencapai takwa:
1 - Ilmu dan Faham
Ilmu
Islam ialah suatu agama yang mementingkan ilmu pengetahuan. Ini kerana, ilmu pengetahuan merupakan kunci kejayaan seseorang di dunia dan di akhirat. Islam juga menekankan tentang pentingnya konsep menuntut ilmu dan perlaksanaannya dalam masyarakat Islam.
Ilmu boleh diumpamakan pelita yang menerangi kegelapan hidup manusia. Ilmu yang menerangi kehidupan kita seharusnya menjadi petunjuk jalan kepada kita untuk memperolehi kehidupan yang bahagia. Ilmu itu pemimpin kepada amal.
Berilmu tanpa beramal adalah sia-sia. Dan beramal tanpa berilmu itu adalah rosak.
Allah S.w.t. berfirman:
“Dan orang yang diberi ilmu pengetahuan, yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; itulah yang benar serta yang memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji.” (Surah Saba’: 6)
“Apakah orang yang taat beribadat diwaktu malam dengan sujud dan berdiri, ia takutkan azab hari ahirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya, sama dengan orang musyrik? Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna.” (Surah Az-Zumar: 9)
Sabda Rasulullah saw
“Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim “(Hadis riwayat Ibnu Majah).
Faham
Faham tentang Islam bukan bererti setakat ada ilmu tentang Islam. Ramai orang ada ilmu Islam tetapi tidak faham Islam. Tahu dan faham adalah dua keadaan yang berbeza. Faham itu merangkumi semua aspek. Faham zahir dan batinnya, rohnya, yang tersurat dan tersirat.
Dengan erti kata lain memahami kehendak agama. Barisan umat yang yang benar-benar faham kepada agama itu ialah para sahabat, seterusnya tabiin dan orang-orang yang terpilih oleh Allah.
Faham itu hakikat atau buah dari ilmu. Tanpa buah pokok itu tidak dapat mendatangkan manfaat. Kurang faham atau salah faham, mengakibatkan target tidak menepati sasaran. Dan akhirnya letih dan malas beramal, serta menyesatkan orang lain.
Allah S.w.t. berfirman:
“Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sungguh ia telah berikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang yang menggunakan akal fikirannya.” (Al-Baqarah: 269)
Hikmat itu adalah sari pati daripada ilmu itu sendiri.
"Siapa yang kehendaki kebaikan padanya, maka Dia akan jadikan orang itu faham terhadap agama." (HR. Bukhari, Muslim)
2 - Amal
Amal adalah praktik dari iman. Amal saleh dapat dikatakan sebagai pelaksanaan segala perintah Allah dan penghindaran terhadap segala larangan-Nya.
Firman Allah Swt:
“Dan bagi masing-masing mereka derajat menurut apa yang telah mereka kerjakan dan agar Allah mencukupkan bagi mereka (balasan) pekerjaan-pekerjaan mereka sedang mereka tiada dirugikan.” (QS. 46:19)
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar". (Al-'Asr 103:1,2,3)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat". (Yunus 10:9)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (Al-Kahfi 18:110)
Dapatlah disimpulkan bahawa amal soleh itu ialah amal-perbuatan yang yang benar dan sesuai dengan ajaran Islam dan berniat ikhlas dalam mengerjakan perbuatan-amal tersebut. Ikhlas adalah roh kepada amal.
Rukun amal
1.Faham (Al-Fahmu)
2.Ikhlas (Al-Ikhlas)
3.Kerja (Al-'Amal)
4.Jihad (Al-Jihad)
5.Pengorbanan (Al-Tadhiyyah)
6.Taat (Al-To'ah)
7.Teguh pendirian (Al-Thabat)
8.Jatidiri (Al-Tajarrud)
9.Persaudaraan (Al-Ukhuwwah)
10.Kepercayaan (Al-Thiqah)
Kategori amal
a) Amalan wajib
b) Amalan sunat
Amalan wajib
Amalan wajib ialah seperti solat fardu, puasa dibulan ramadan, bayar zakat fitrah, menunaikan haji.
Amalan sunat
Amalan sunat ialah seperti solat sunat, solat berjamaah, puasa sunat, membaca Al Quran, sedekah, berzikir, berdoa dan seterusnya amalan-amalan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah Saw.
Dalam usaha mencapai takwa, selain amalan wajib, amalan sunat seharusnya dilakukan sebanyak-banyaknya, selagi mampu yang mungkin.
3 - Zikir
Zikir itu ialah cahaya dan makanan kepada roh. Ianya juga adalah alat pencuci hati serta pendinding dari syaitan.
Zikir itu di umpama api yang membakar besi. Dan penempa besi itu di umpama majahadah.
Sedapatnya zikir itu dilakukan secara berterusan, Sama ada zikir lisan atau zikir hati.
Firman Allah Swt:
"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)".
(Al-Jumu'ah 62:10)
Sabda Nabi Saw:
Rasulullah bersabda : ‘Perbaharuilah iman kalian.’ Mereka bertanya : ‘Wahai Rasulullah, bagaimana cara memperbaharui iman kami?’ Baginda menjawab : ‘Banyakbanyaklah mengucapkan ‘Laa Ilaaha Illallah.’ (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Ath-Thabrani dengan sanad hasan)
4 - Mujahadah.
Usaha keras dan bersungguh-sungguh untuk beramal dan melawan hawa nafsu iti dipanggil mujahadah.
Firman Allah Swt:
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya". (Al-'Ankabuut 29:69)
Penempa besi itu di umpama majahadah. Dan zikir itu api yang membakar besi
Pernah ditanyakan oleh orang kepada Sheikh Junaid Baghdad. “Apakah ubat kepada nafsu”?. Jawab Junaid Baghdad “melakukan apa yang tidak disukai oleh nafsu”
Nafsu makhluk yang buas yang malas. Mahunya hanyalah nikmat dan senang. Haiwan yang benar-benar di kuasai oleh nafsu ialah sang babi
Nafsu yang ganas boleh didik dengan latihan, teknik yang betul dan penuh kesabaran. Contohnya kuda liar. Jika kita tekun mendidiknya, akhirnya ia akan menjadi jinak.
Begitulah dengan nafsu manusia. Ianya memerlukan latihan kesungguhan dan kesabaran.
Dengan itulah kepada orang yang mahu mengubah diri menjadi baik, perlu kepada bimbingan Guru Mursyid. Guru Mursyid adalah orang yang benar-benar faham dan mahir tentang perjalanan nafsu, hati dan ruh.
0 ulasan:
Catat Ulasan