Home » » Ayat Empat (Ayat Perang)

Ayat Empat (Ayat Perang)

Ayat Empat (Ayat Perang)





Ayat Empat

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
لَِا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ اِنِّيْ كُنْْتُ مِنَ الظََّاِلِمْين
"Tiada tuhan melainkanMu, Maha SuciMu (Ya Allah), sesungguhnya aku termasuk di dalam golongan orang-orang yang zalim." (Al Anbiya:8) - 10x @ 100x

 وَاللهُ غَالِبٌ عَلَى أمْرِِِْهِ

"Sesungguhnya Allah berkuasa penuh atas setiap urusannya" (Yusuf:21) - 33x @ 313x

يَاحَيُ يَا قَيُّوْمً يَا إِلَهَنَا وَإِلَهَ كُلِّ شَيْءٍ إِلَهاً وْاَحِداً لَاِ إِلَهَ إِلَا أَنْتَ

 "Wahai Tuhan yang Maha Hidup, Wahai Tuhan yang Maha berdiri sendiri, Wahai Tuhan kami, Tuhan segala setiap sesuatu, Tuhan yang satu, Tiada tuhan melainkanMu (Ya Allah)" (Doa Asif Barkhaya) - 33x @ 313x

يَا ذَالْجَلا لِ وَالِْا كْرَم

"Wahai Tuhan yang memiliki segala Kebesaran dan Kemuliaan (Asmaul Al Husna) - 33x @ 313x
Kalimat di atas adalah kalimat zikirullah yang yang mulia. Elok diamalkan dengan niat menghampirkan diri dengan Allah ( Sebagai wasilah). Fadhilatnya, "insya-Allah" Allah akan memberi pertolongan semasa bertempur dengan musuh.
Beramallah dengan tulus ikhlas dan mencari redho Allah. Jangan difikirkan fadhilatnya. Bila sampai satu saat getir, terserah dan bertawakkallah kepada Allah.
Bukan kewajipan Allah membantu hambanya. Tetapi hambalah berkewajipan taat dan beribadah kepadaNya.
Jangan beramal kerana hendak menjadi handal atau kebal. Atau kerana mencari kelebihan dunia. Setiap pengamal hendaklah menjauhi dosa-dosa besar dan maksiat. Jika beramal dengan tujuan selain Allah, maka jatuh kepada syirik dan boleh menjadi gila isim. Gila isim dari  penyalahgunaan kalimah Allah, tidak ada pawang atau bomoh yang dapat mengubatinya melainkan dengan bimbingan sheikh guru kerohanian sahaja yang dapat menawarkannya
Kadang-kadang sipengamal menjadi panas baran. Boleh jadi niat yang salah atau ada berbuat maksiat. Kepanasan boleh dikurangkan dengan perbanyakkan selawat nabi dan istighfar. Sebaik-baiknya rujuk kepada guru sebelum beramal.

0 ulasan: