Home » » Hari Kiamat Dari Sudut Sains

Hari Kiamat Dari Sudut Sains

Hari Kiamat Dari Sudut Sains




Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitu jugalah dengan alam ini. Hanya yang kekal ialah ruh-ruh manusia, yang akan dibangkitkan di Padang Mahsyar, untuk menerima pengadilan dari Tuhan yang Maha Esa.


Setiap manusia yang beriman kepada Allah dan Rasul, pasti yakin akan terjadinya kiamat, Tetapi, cuma kita tidak mengetahui bilakah masanya akan berlaku. Terdapat berbagai pendapat dan teori yang telah dikemukakan. Disini saya akan merumuskan secara ringkas teori yang saya yakini menurut perspektif sains  

1) Teori Graviti


a. Graviti Orbit Tata Surya

Menurut hukum ilmu alam, setiap sesuatu yang hidup pasti beransur lemah dan tua. Begitu juga dengan daya graviti orbit planet-planet yang mengelilingi matahari itu tidak akan selama-lamanya utuh. Kian lama kian lemah, dan lansung hilang sama sekali. Maka apabila daya graviti orbit planet- planet yang berada di tata surya lemah, maka planet-planet akan bertebaran dan berlanggaran sesama sendiri.

Firman Allah:


"Apabila langit terbelah", (Q.S. Al-Infithaar : 1)


"Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilapan) minyak". (Q.S. Ar-Rahmaan : 37)


"Pada hari ketika langit menjadi seperti luluhan perak", (Q.S. Al-Ma’arij : 8)

"Pada hari ketika langit benar-benar bergoncang",(Q.S. Ath-Thuur : 9)


"Dan terbelahlah langit, karena pada hari itu langit menjadi lemah". (Q.S. Al-Haaqqah : 16)


b. Graviti Bumi
Sampai di suatu saat, graviti bumi sudah berkurang dan tidak stabil. Segala-galanya akan berantakan. Tekanan magma panas di dalam perut bumi akan terluncur keluar, kerana tekanan di dalam lebih kuat dari tekanan diluar. Air laut akan bertebaran, gunung dan bangunan tinggi, akan lemah dan mudah runtuh. 

Firman Allah:


“Dan gunung–gunung seperti bulu yang dihambur–hamburkan.” (Q.S. Al Qariah : 5)


2) Teori Hayat Matahari


Stok bahan bakar yaitu hidrogen di dalam matahari tidak akan kekal selama-lamanya. Ia akan berkurangan dan habis, Kalau reaksi pembakaran makin berkurang, matahari akan menjadi dingin dan sungai dan lautan akan membeku. Tanaman tidak akan tumbuh dan kehidupan di bumi akan berakhir.





0 ulasan: