Telur mempunyai kadar protein yang tinggi, dan memiliki nilai khasiat pemakanan yang tinggi untuk kesihatan, tumbesaran dan sumber kekuatan tubuh. ia menjadi hidangan penting bagi seluruh masyarakat dunia. Walau bagaimana pun tidak boleh dikonsumi secara berlebihan kerana kuning telur mengandungi kandungan lemak jahat.
Khasiat Telur.
1) Sumber tenaga dan kekuatan. Lebih berkesan kuning telur segar dicampurkan madu lebah, dikacau dan minum.
2) Sumber protein untuk tumbesaran (putih telur). Biasanya ahli bina badan hanya memakan ptih telur bagi menambahkan protein untuk membesarkan otot.
3) Sumber multi vitamin (kuning telur) dan lemak jahat
Telur di rendamkan ke dalam air.
1) Telur terbaring di dasar menandakan masih baru.
2) Telur miring sedikit menandakan berumur 1 minggu.
3) Telur berdiri menanadakan berumur 3 minggu.
4) Telur terapung menandakan sudah lama dan boleh jadi rosak.
Telur yang baik, biasanya lebih berat, manakala cengkerangnya keras, bewarna lebih tua daripada telur yang kurang baik. Telur yang kurang baik itu lebih ringan, manakala cengkerangnya agak cerah, keputihan, nipis dan rapuh. Dan telur apabila digoncang dekat telinga, ada terdengar bunyi kocakkan, menandakan cecair telur itu sudah berkurang dan rosak.
0 ulasan:
Catat Ulasan