Jintan Hitam Penawar Pelbagai Penyakit
Nama Saintifik: Nigella Sativa
Nama biasa: Jintan Hitam
Nama Lain: Habbatus Sauda,Black cumin,Black Seed, Dan Black Caraway
Famili: Ranunculaceae
Asal: Mediterranean
Taburan: Mediterranean Timur Dan Afrika Utara Hingga Timur Laut India
Kategori: Rempah
Keterangan
Hidup ditempat yang panas dan berpasir memerlukan matahari sepanjang masa. Pokok jintan hitam mempunyai daun yang halus dibahagian bawah manakala bahagian yang hampir dengan bunga dan pucuknya mempunyai daun yang agak besar (6 -10 cm panjangnya).
Jintan hitam dihasilkan dari bijinya. Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih. Tumbuhan semusim ini ketinggiannya hingga 70cm.
Buahnya pula berbentuk kapsul(kelopak) yang mengandungi banyak biji-biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal, apabila matang kapsulnya terbuka dan biji-biji ini akan bertukar menjadi hitam selepas terdedah pada udara.
Kandungan Fitokimia
Biji– protein, kalsium, karbohidrat, fiber, alkaloid, fosforus, kalium, minyak esen, ester, sterol, tanin, alkohol terpen, niasin, melantin, tiamin, Tokoferol, Natrium, Karotene dan Saponin
Alkolaid seperti damascenin, nigelisin, nigelimin, nigelimin oksida dan nigelon
Minyak jintan hitam mengandungi lebih 40 sebatian anetol, cimen, karvakrol limonen, etil heksadekanoat, etil linoleat, etil oleat, para-cimen, pinen, sabinen, terpinen, terpinen-4-ol, terpineol dan Timokuinon
Minyak lemak pula lazimnya mengandungi asid linoleik ,asid linolenik ,asid miristik, asid oleik, asid palmitik dan asid stearik.
Sterol adalah stigmasterol, spinasterol, sitosterol, sitosterol, sitosterol dan kampesterol
5 Ciri-Ciri Utama Jintan Hitam:
1.Sistem imunisasi; meningkatkan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit.
2.Anti-histamin; Histamin ialah sebatian yang dikeluarkan oleh sel-sel mast(kulit,mukosa mata, hidung,saluran pernafasan dan usus) didalam badan yang menyebabkan alahan. Jintan hitam mengandungi bahan yang menhalang protein kinase C, sejenis bahan yang menentang penghasilan histamin. Bagi mereka yang mengidap penyakit asma eloklah mengamalkannya.
3.Anti-bakteria; berupaya mengawal bakteria seperti E.coli,V.cholera dan spesis shigella
4.Anti-tumor; Berupaya menghalang pembentukan sel-sel kanser
5.Anti-radang; Dapat mengurangkan bengkak. Ia baik untuk pesakit asma(kurangkan radang didalam paru-paru), eczema(alahan yang disebabkan gatal dan kulit merah) dan juga arthritis(bengkak sendi)
Khasiat ubatan
Jintan hitam dikatakan dapat mengubati berbagai jenis penyakit. Pengambilannya tanpa sebarang kesan sampingan
Diceritakan oleh Abu Hurairah,beliau mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: ”Sesungguhnya pada jintan hitam itu terdapat ubat dari segala macam penyakit kecuali kematian”.(HR Muslim)
Sangat elok diamalkan sebagai sebagai makanan tambahan sebagai sokongan untuk kekal sihat dan pertahanan dari penyakit. Bagi orang sakit pengamalannya membantu meringankan serta menyembuhkan penyakit
Sebagai diuretik,untuk membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, mengeluarkan angin angin daripada perut dan usus dan melawaskan haid dan menggalakkan pengeluaran susu
Ubat pupuk dicampur ramuan tertentu digunakan ditempel pada bisul bernanah, herpes, reumatisme, sakit dada,sakit kepala dan ulser hidung.
Biji dicampur cuka dibuat pupuk pada bisul, botak ekzema dan kurap.
Ia juga digunakan sebagai losyen mata,losyen disapu pada tubuh orang demam panas dan ubat cuci mulut.
Ramuan campuran dijadikan ubat minum sebagai anti-muntah dan laksatif(melawaskan pembuangan air besar) untuk meningkatkan edaran darah, aliran haid, rahim, merawat asma, batuk, bengkak hati, bengkak usus, eracunan darah, sembelit, mual, mulas perut,muntah,sakit kepala, sakit usus, sampu, sengal peha, vertigo dan kegunaan wanita selepas bersalin
Untuk mengelakan perut kembung pada bayi yang baru lahir, ambil jintan hitam dan bungkus dengan kain dan diikat. Bungkusan ini di gagang diatas api dan tuam pada bahagian perut, betis, tapak kaki dan juga buah zakar dan amalkan selama 40 hari setiap kali lepas mandi
Bagi mengubati perut kembung bagi orang dewasa pula, jintan hitan di tumbuk halus dan dicampurkan dengan sedikit pasir sungai. Campuran ini dipanaskan seketika sebelum dibungkus dengan kain dan tuam pada bahagian perut. Bungkusan ini juga boleh dituam pada bahagian badan tertentu untuk mengubati sengal-sengal tulang,sakit kepala dan kecederaan dibahagian hidung.
Jintan hitam juga boleh menguatkan tenaga,mengelakkan penyakit dan mengurangkan kolesterol dengan memakan setengah sudu atau secubit jintan sebelum dan selepas bangun tidur setiap hari.
Bagi penyakit kencing tidak lawas, haid tidak lancar anda juga boleh menggunakan jintan hitam sebagai ubat. Caranya ialah dengan menggoreng tanpa minyak dan dijadikan serbuk lalu diminum dengan air panas dan madu. Pada mereka yang mengidap resdung, tumbuk jintan hitam kemudian bungkus dengan kain, bungkusan ini dihidu(sedut) berkali-kali secara berterusan dan dimakan pagi dan petang sekadar secubit atau setengah sudu teh sehingga sembuh. Kaedah hidu juga baik untuk melegakan selsema dan melancarkan pernafasan.
Bagi menghilangkan demam selsema dan sakit tekak,campurkan serbuk jintan(setengah sudu teh) dengan perahan air limau nipis dan 1 sudu besar madu amalkan sehingga sembuh
1 ulasan:
▪ Kanser Payudara stage 3
Pn. Noraini Yusof pesakit kanser payudara tahap 3, ketulan kanser 13.3 cm. Skg dah sembuh. Sila tonton youtube ,Pn. Noraini berkongsi pengalaman semasa mengidap kanser payudara.
▪ Kanser Lymphoma stage 4
Adik Izzat b.Muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dah sembuh. Dia sentiasa bertenaga dan cergas dgn jus herba yg merawat. Dia minum jus herba ini dari kanser tahap 4 sehingga sembuh.
▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4
En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma tahap 4 ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh. Jika bergantung pd rawatan hospital saja, Penyakit boleh datang semula.
▪️ Pesakit radang paru-paru Copd
En. Abd Kadir Sumardi,42 tahun mengidap radang paru-paru pada tahun 2020. Petanda awal sakit ialah batuk tak berhenti, berdarah dan berkahak selama 3 bulan. Dia mendapatkn rawatan klinik kerajaan dan swasta tp batuk, sakit dada, susah bernafas tetap tak hilang. Banyak rawatan alternatif dibuat tapi tak berkesan.Doktor mengesahkan dia mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran udara berkimia. Selepas melihat testimoni herba di facebook Jutawan Herbs, dia menghubungi sy untuk cuba herba ini. Dalam masa 2 minggu saja minum jus dah ada kesan.Batuk dah berkurang, nafas makin lancar ,2 bulan minum jus sehingga pernafasan dan batuk terus sembuh. Penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya tapi dia berjaya sembuh dengan herba.
▪ Sakit lutut kronik
Pn. Rohana Ismail dulunya seorang cergas dan aktif dalam aktiviti lasak seperti mendaki gunung-gunung di Malaysia. Dia ceritakan pd sy masalah lututnya bengkak, dah lama menahan sakit. Dia terpaksa lupakan semua aktiviti lasak. Turun naik tangga mengiring dan berjalan pn perlahan. Sy syorkan dia cuba minum herba dan dia minum dlm masa 2 minggu, lututnya yg bengkak dah surut. Sekarang aktif semula, berjoging ,naik bukit, lutut dah kuat. Kalau dia boleh sembuh,kenapa tidak anda? boleh bertanya sendiri testimoni² saya jika anda ada dalam group whatsApp Jutawan Herbs.
▪️ Sakit lutut kronik
Pn Rasmani Md Noh pesakit lutut kronik, dia terpaksa berjalan mengesot - esot atas lantai dan jika dia paksa diri untuk berjalan, lutut akan berbunyi, tulang bergesel, sgt sakit.Nak masak pun terpaksa duduk atas kerusi sbb tak mampu berdiri lama. Tapi lepas 6 hari minum jus herba, dia dah boleh berjalan macam biasa dan saraf kaki dah tak rasa tegang dan sakit. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Sekiranya anda berminat nak tahu lebih banyak testimoni daripada pesakit yang sudah sembuh selepas mengambil jus ini, anda boleh menonton video-video di Youtube channel Jutawan Herbs , di blog Jutawan Herbs dan kami pun ada group whatsApp pesakit kanser, untuk berkongsi pengalaman dan rawatan.😊
Share info ni kepada yg memerlukan, harini kita tlg org,lain kali org akan tlg kita. Sharing is caring. Herba yg dijamin selamat,terbaik ramai yg dah sembuh serta mampu dibeli semua. Tak rugi cuba sebab ramai yg dah sembuh kanser dan menyesal kenapa dari dlu tak kenal herba ni. Belum terlambat, selagi masih bernafas,peluang nak merawat masih ada. 😊
Hubungi atau whatsApp sy dengan segera,
Mohd Zuhairi pengasas Jutawan Herbs
017 468 7570
Catat Ulasan