Punca Badan Rasa lemah
Fenomena yang sering berlaku pada kebanyakan orang. Gejala ini menyebabkan banyak aktiviti harian jadi terganggu. Diantara punca badan jadi lemah dan lesu adalah:
Kurang tidur – Kebiasaannya orang memerlukan 8 jam masa untuk tidur. Boleh 6 jam untuk tidur yang lena. Jangan tidur di waktu siang atau awal malam. Ini boleh menjejaskan prestasi tidur.
Kurang makan– karbohidrat dan gula diperlukan untuk membekal tenaga. Kurang glukosa dalam darah, badan menjadi lemah dan tidak bertenaga. Dan pastikan sentiasa mengambil sarapan pagi.
Kurang minum air – Air adalah sangat penting bagi kehidupan. Ia menjalankan proses bio-kimia sistem tubuh badan. Sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Air yang baik ialah air yang di tapis halus dan berakali
Tekanan– Bila berada di bawah takanan, salur darah menjadi sempit, tubuh kurang oksigen jantung berdenyut laju dan badan jadi lemah. Hindari stress dengan senaman, riadah dan ibadah.
Kurang darah– Kurang darah bermakna, kuranglah oksigen dalam tubuh dan badan jadi lemah. Masukkan zat besi,kuprum atau B complex di dalam diet makanan. Seperti kurma, madu lebah, bayam, brokoli, telor dan daging salai.
Banyak toksik– Lebihan toksik boleh di buang dengan banyak minum air dan berakali. Keluarkan peluh dengan senaman atau sauna. Kaedah herba seperti pegaga, misai kucing atau patawali pahit.
Kurang oksigen – Ini di sebabkan salur darah tersumbat kerana banyak plak kolesterol dinding salur darah. Salur darah mengecil maka kadar penghantaran oksigen dan nutrisi ke seluruh tubuh berkurangan.Supplement yang diperlukan ialah lesitin terdapat dalam kacang soya dan biji bunga matahari. Pengambilan minyak ikan(omega 3) sangat dianjurkan
Kurang zat makanan– Sentiasa mengambil diet yang seimbang, iaitu sajian makanan yang mengandungi semua nutrient yang diperlukan oleh tubuh dengan kadar yang betul. Terutamanya protein dan karbohidrat
0 ulasan:
Catat Ulasan