Nasihat Kepada Pemula Ilmu Tasawuf dan Tarekat
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Seperti yang kita biasa dengar ilmu yang disadur dari Al Quran terbahagi 3 kategori.
1-Ilmu aqidah
2-Ilmu Fekah
3-Ilmu Tasauf
2-Ilmu Fekah
3-Ilmu Tasauf
Awal agama itu mengenal Allah. Ilmu tauhid dipelajari dan difahami sekadar yang perlu, sekurang-kurangnya sifat 20
Ilmu fekah dipelajari dan difahami untuk mengerjakan ibadat amali, setakat mana yang perlu. Seperti bersuci, bersolat, puasa, haji, munakahat, tajwid Al Quran.
Setelah itu barulah kedunia tasauf. Ilmu tasauf adalah samudera yang tak bertepi. Tidak kurang, ramainya yang karam dan sesat di dalam samudera itu. Oleh itu sebaik-baiknya carilah guru murshid (berkompeten) yang dapat dipercayai ilmu dan akhlaknya.
Dengan berguru kita dapat ditarbiyah (diajar) dengan kombinasi ilmu, tarikat (kaedah) dan baiahnya (janji setia), tentu lebih berkat, berkesan dan selamat. Guru akan berjabat tangan (baiah) dengan murid. Ini bermakna murid tadi telah membuat connection wire dari guru sampai kepada Rasulallah(s.a.w).
Kemudian guru akan memberikan peraturan,wirid-wirid dan doa tertentu untuk diamalkan. Step awal bagi saorang murid ialah bersuluk(sendirian untuk berzikir). Secara asasnya 3 wirid yang mesti diamalkan, iaitu kalimah lailahaillallah, istighfar dan selawat.
Bagi yang belum berjumpa guru bacalah kitab tasauf secara beperingkat. Pada permulaan baca kitab yang asas (pengenalan) seperti kitab pengantar ilmu tasauf, kunci memahami tasauf. Step kedua kitab Ihya Ulumiddin, Minhajul Abidin (Imam Ghazali), atau kitab yang membahaskan tentang sifat-sifat dan masaalah hati. Kemudian bacalah kitab kitab karangan Sheikh Abdil Kadir jailani seperti fath ar robbani, sirr al asrar dan futuhul ghaib. Kitab Ibnu Ataillah kitab hikam dan perbanyakan lah selawat nabi.
Niat adalah memainkan peranan penting dalam memulakan sesuatu pekerjaan. Ikhlaskan lah niat kerana Allah, mencari redho Allah, untuk mendekatkan diri dengan Allah. Tersasar dalam niat maknanya tersasar jugalah perjalanan(sesat) kita. Allah tidak akan menolong kepada orang yang tidak memurnikan(ikhlas) kepada agamaNya. Apabila Allah meninggalkan orang yang tidak ikhlas maka datanglah syaitan yang kan menyesatkannya.
0 ulasan:
Catat Ulasan