Penawar Meredakan Batuk
Batuk terjadi dari berbagai sebab, diantaranya alahan habuk atau sejuk, selsema atau tindak balas paru-paru. Adakalanya orang yang menghidap batuk sementara dan adakalanya lama.
Untuk mengubati penyakit batuk itu dengan cara;
Satu sudu makan asam jawa(setelah dibuang biji) dicampur dengan satu sudu makan madu lebah digaulkan. Di ambil sedikit demi sedikit dikemam seperti gula-gula. Asam jawa dan madu akan melalui dinding kerongkong serta merawatnya. Jangan minum air semasa menjalani rawatan ubat ini. Atau sesudu teh madu lebah dan jus limau dicampurkan dengan sedikit air untuk diminum.
Atau pun dengan bawang putih: Seulas bawang putih dibakar di atas api perlahan selama 2 minit. Selepas itu dibuangkan kulitnya, dibasuh dan dimakan. Amalkan 4 kali sehari. sebaiknya selepas makan.
0 ulasan:
Catat Ulasan