Home » » Mengenai bahaya Kolesterol

Mengenai bahaya Kolesterol

Mengenai bahaya Kolesterol



Kolesterol adalah senyawa lemak kompleks, yang 80% dihasilkan dari dalam tubuh (organ hati) dan 20% sisanya dari luar tubuh (zat makanan) untuk bermacam-macam fungsi di dalam tubuh, antara lain untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel, melindungi kulit dari racun dan masalah kekeringan, pembentukan vitamin D (bersama sinar UV) serta membentuk asam empedu di usus. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia
Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan, tumbuhan dan produk tenusu. Selepas makan, molekul kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh kapsul protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.
Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah.
Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Terdapat dua jenis kolesterol yang utama iaitu:
Kolesterol buruk “LDL” (Low Density Lipoprotein) berkecenderungan mengenap di dinding saluran darah yang menyebabkan penyumbatan salur darah dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.
Kolesterol baik “HDL” (High Density Lipoprotein) mencegah penyempitan saluran darah jantung dengan mengurangkan mendakan kolesterol dalam saluran darah. Oleh itu, ia menurunkan risiko serangan jantung.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (LDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Sumber kolesterol buruk bersumber dari lemak tepu dan lemak trans seperti keju,mentega,  kuning telur, daging, ayam, udang, kelapa dan tenusu.
Sumber kolesterol baik bersumber dari lemak tak tepu seperti minyak bunga matahari, jagung, soya, sun flower, zaitun, canola, kekacang dan ikan.
Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskularbadan. Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya. Ia dibawa oleh sejenis pembawa yang dikenali sebagai lipoprotein. Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan kepada sistem kardiovaskular badan.
Kadar kolesterol normal ialah (160-200 mg/dL). Jika kadar kolesterol melebihi 240 mg/dL, berarti kolesterol harus diturunkan agar tidak membawa kesan buruk akan timbulnya suatu penyakit baru seperti stroke, harus tetap berwaspada dan menjaga pola makan, gaya hidup yang sehat dan seimbang agar kolesterol tidak semakin meningkat.


Bagaimana kolesterol bertindak?
Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.
Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis. Malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan
Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).
Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami stroke.
Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.
Faktor penyebab penyakit Kolesterol
Peningkatan kadar kolesterol terjadi karena dengan berbagai sebab, diantaranya:
  • Pola makan: Mengambil terlalu banyak lemak tepu boleh meningkatkan kadar kolesterol. Lemak jenis ini banyak ditemukan pada daging haiwan, telur, udang, keju, minyak kelapa, kuih-muih, ais krim serta mengambil Alkohol
  • Alkohol. Orang yang mengambil alkohol secara rutin dengan kadar yang banyak berpotensi mengalami kolesterol tinggi dibandingkan dengan orang yang tidak pernah mengkonsumsi alkohol.
  • Obesiti: Kegemukan juga meningkatkan kadar trigliserida dan menurunkan kolesterol baik.
  • Tingkat aktiviti: Kurang beraktiviti juga akan meningkatkan kadar LDL dan membuat HDL terlalu sedikit.
  • Usia dan jenis kelamin: Di atas usia 20 tahun, kadar kolesterol  cenderung meningkat. Pada lelaki kolesterol akan mudah naik seteleh berumur 50 tahun, Bagi wanita kolesterol akan mudah naik selepas menopause
  • Medical check up: Jangan lewatkan pemeriksaan kesehatan rutin. Di situ kita akan mendapat gambaran tahap kesihatan dan nasihat dari doktor.
  • Merokok: Selain dari merusakan paru-paru. Rokok mengandung akrolein (zat kimia) berbahaya yang boleh mengurangi kadar kolesterol baik (HDL)..
  • Ubat-ubatan. Orang yang mengambil ubatan yang bersumber dari zat kimia justru memiliki risiko tingginya kadar kolesterol. Ubat seperti estrogen, beta-blocker dan thiazide merupakan penyebab kolesterol tinggi karena mengurangi kadar HDL yang berada didalam tubuh.
  • Penyakit Lain. Ada beberapa penyakit yang cenderung memicu tingginya kadar kolesterol. Contohnya orang yang memiliki tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit hati liver dan gangguan ginjal kronik akan memiliki kadar kolesterol yang tinggi.
  • Keturunan / Faktor Genetik. Apabila anda memiliki keluarga yang memiliki riwayat penyakit kolesterol tinggi anda perlu berhati-hati. Seringkali keturunan dari genetik yang memiliki riwayat kolesterol tinggi memiliki kecenderungan mewarisi penyakit tersebut, dibandingkan dengan orang yang bukan dari keturunan yang memiliki riwayat kolesterol.

Gejala-gejala kolesterol tinggi 
Mereka yang mengalami kolesterol tinggi akan menunjukkan gejala tersebut. Tetapi, Orang yang mengalami kolesterol ringan biasanya tidak menunjukkan apa-apa gejala.
  • Timbul rasa sakit.  terkadang rasa kaku di bahagian tengkuk kepala bahagian belakang atau leher
  • Kaki bengkakBoleh jadi salur darah pecah kerana dinding kapilari darah hilang keanjalannya   
  • Mudah merasa lelah dan letih.  Ini adalah karena kolesterol menyempitkan pembuluh darah dan terkadang menutup pembuluh darah, aliran darah yang membawa oksigen ke anggota tubuh terhambat membuatkan seseorang merasa lesu dan cepat letih.
  • Mudah merasa mengantuk.  Oleh karena kolesterol menyempitkan pembuluh darah dan terkadang menutup pembuluh darah, aliran darah yang membawa oksigen ke otak terhambat sehingga seseorang cepat mengantuk.
  • Sakit di kiri dada. Rasa sakit bagai ditusuk, kerana kurangnya oksigen di jantung dan paru-paru
  • Rasa kebas. Sering merasa kebas di kaki dan tangan.Ini kerana perjalan darah tidak lancar
  • Sering berlaku sakit kepala.Ekoran  peningkatan kolesterol menjadikan arteriosklerosis (penyempitan pembuluh darah). Aliran darah yang mengalir ke otak terhambat



Langkah pencegahan.
  • Jaga pola pemakanan. Tingkatkan makanan kepada buahan, sayuran dan berserat (meneutralkan serta menyerap kolesterol dalam sistem pencernaan), serta makanan anti-kolesterol seperti kekacang, ikan, teh hijau, buahan sitrus dan lain-lain lagi. Dan hindari dari makanan yang mengandungi lemak tepu seperti daging, kuning telur, keju, santan dan lain-lain.
  • Kaedah masakan. Kurangkan pengunaan minyak semasa masakan. Sebaik-baiknya guna kaedah memasak yang sihat seperti kukus, rebus, panggang dan bakar.
  • Hindari lemak trans. Kemungkinan mempunyai akibat yang lebih berbahaya daripada lemak tepu karena dapat meningkatkan kadar kolesterol buruk (LDL) dan menurunkan kolesterol baik (HDL). Studi juga menunjukkan bahwa lemak trans juga dapat meningkatkan risiko lebihan kolesterol. Karena itu kurangilah makanan yang banyak mengandung lemak trans seperti yang seperti keju, majerin yang beku pada suhu bilik.
  • Batasi lemak tepu. Makanan yang bersumber dari daging haiwan, telur, udang, keju, minyak kelapa, santan, minyak sawit dan tenusu dan tidak digalakkan mengambil fast food atau junk food.
  • Pertahankan berat badan normal. Pada kebanyakan orang, kadar kolesterol juga menjadi baik seiring dengan menurunnya berat badan. Ini tidak hanya disebabkan kehilangan berat badan, tetapi juga akibat diet yang lebih sehat, dan olahraga yang dilakukan. Dengan kata lain, perubahan gaya hidup yang diperlukan untuk mempertahankan berat badan normal atau menurunkan berat badan juga membantu memperbaiki kadar kolesterol.
  • Aktiviti fizik. Senanam dapat menjalankan darah dan meningkatkan kesihatan jantung. Olahraga yang cukup dan berkelanjutan, paling kurang 30- minit setiap hari, lima kali dalam seminggu, sekurang-kurangnya berjalan kaki.Manakala, gym, berjogging, berbasikal, berenang adalah pilihan yang sangat baik untuk memperoleh kadar kolesterol yang normal. Senaman yang Anda lakukan secara rutin dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan menurunkan kolesetrol buruk (LDL)
  • Berhenti Merokok. Di samping sebagai faktor risiko penting untuk penyakit jantung, rokok juga dapat mengakibatkan penurunan kadar kolesterol HDL.
  • Medical check up. Bila gaya hidup yang Anda lakukan ternyata belum membantu menurunkan kadar kolesterol Anda, atau Anda mempunyai riwayat keluarga dengan kolesterol tinggi atau sakit jantung, Anda mungkin perlu bantuan dokter. Dokter Anda akan membantu, pilihan obat yang tepat untuk Anda.
  • Hindari stress. Stres kronk dapat meningkatkan tekanan darah, dan menambah risiko terjadinya arteriosklerosis. Kurangi stress dengan ibadah dan riadah
  • Cukup tidur dan istirehat. Badan memerlukan tidur yang secukupnya, bagi mengembalikan semula kesegaran dan kekuatan tubuh
  • Minum air putih. 2 liter perhari. Disamping membersihkan buah pinggang, air diperlukan untuk mengatur suhu dan aktiviti kimia dalam tubuh.


Ubat herba
Teh hijau. Selain mempunyai kadar anti oksida yang tinggi, ianya dapat mencairkan lemak untuk menurunkan paras kolesterol dan melansingkan badan.
Kacang soya. Soya bukan sahaja mengandungi kolagen untuk awet muda, ianya juga y mengandungi lecitin dan isoflavon yang dapat menyingkirkan kolesterol di dalam darah.
Anggur. Buah anggur ternyata juga sangat baik untuk meningkatkan kadar kolesterol baik dalam tubuh. Dengan rutin minum dua gelas jus anggur setiap hari dapat menjaga kadar kolesterol baik dalam tubuh anda.
Blueberry. Blueberry mengandung sejumlah besar zat yang melawan kolesterol jahat. Senyawa dalam blueberry(pterostilbene) dapat membantu menurunkan kolesterol
Kacang Almond. Almond adalah kacang yang cukup ampuh untuk menurunkan kolesterol. Pertama, almond kaya akan lemak tak tepu yang membantu meningkatkan kolesterol HDL yang baik sambil menurunkan LDL. Dan lemak yang terkandung dalam almond membantu membuat kolesterol LDL terurai. Almond juga mengandung vitamin E (alpha-tocopherol) dan kalsium. Untuk mencapai penurunan 10% kolesterol LDL anda diwajibkan makan di sekitar 73 gram atau segenggam almond per hari.
Bawang putih. Meskipun tergolong rempah-rempah atau salah satu bumbu dapur bagi semua ibu rumah tangga. Bawang putih ternyata juga sangat efektif membantu menurnkan kadar kolesterol jahat dalam tubuh. Usahakan untuk mengambil satu siung bawang putih perhari untuk menurunkan kadar kolesterol jahat pada tubuh anda (andapun bisa mencampurkannya kedalam berbagai jenis masakan anda).
Kekacang. Kacang yang dimaksud seperti kacang tanah, walnut, hazelnut, almond pistachio dan lain-lain lagi.Kandungan lemak omega 3 dan antioksidan dalam jacang sangat baik untuk menurunkan kadar kolesterol jahat pada tubuh anda.
TomatoCara menurunkan kolesterol secara alami yang pertama adalah dengan buah tomato. Tomato mengandung senyawa likopen yang mencegah serangan jantung dan stroke. Tomat dapat dibuat dalam bentuk jus atau campuran makanan. Dengan mengkonsumsi secara rutin 50 gram setiap harinya, kandungan dalam tomat mampu menurunkan kolesterol jahat dalam tubuh. Likopen juga dapat ditemui di buah jambu, betik dan semangka.
Delima.Buah bulat merah kecil tersebut ternyata juga sangat baik untuk menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh khususnya berfungsi mengurangi penumpukan plak kolesterol serta mampu meningkatkan produksi oksida nitrat yang dapat membantu dalam mengurangi plak pada arteri.
Alpukat. Alpukat mengandung lemak tak tepu dan pitosterol. Kandungan dalam alpukat tersebut dapat menurunkan kolesterol jahat dalam tubuh. Alpukat juga merupakan sumber potasium yang baik, vitamin K, vitamin C, serat makanan, vitamin B6 dan folat. Penyajiannya boleh dengan cara membuat jus atau yang lain yang sesuai selera anda.
Minyak Zaitun. Minyak zaitun adalah nutrisi yang kaya antioksidan dan lemak tak tepu yang dapat membantu menurunkan kolesterol buruk (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Dengan mengambil sekitar 2 sendok makan (23 gram) olive oil setiap hari dicampur dengan makanan anda untuk mendapatkan manfaatnya. Anda boleh mencampurkan kedalam sayuran atau menggunakan minyak zaitun sebagai pengganti mentega saat mengolesi makanan dan sebagai jem untuk roti. Ingat, minyak zaitun tinggi kalori, jadi jangan makan lebih dari jumlah yang disarankan.
Ikan. Seperti Ikan tuna, Kod, makerel, trout dan salmon memiliki kandungan sumber asam lemak omega 3 yang cukup tinggi. yang mana berperanan untuk tingkatkan kandungan kolesterol baik dan meleraikan kolesterol buruk di dalam badan anda.
Barli. Barli adalah penurun paras kolesterol dan glukosa yang baik. Penyelidik mendapati barli mengandungitocotrienol, sejenis vitamin E yang bertindak mengurangkan aktiviti HMG-CoA reductase dalam hati yang mana secara langsung menurunkan kolesterol
Vitamin C. Tubuh memerlukan 1000-2000mg vitamin sehari untuk membasmi plak kolesterol. Buahan sitrus kaya dengan vitamin C. Seperti lemon, limau nipis, belimbing, mangga, anggur, durian belanda, nenas, rebena, kiwi dan limau bali. Dan selainnya seperti brocoli,  apel, betik, blackcurrent, jambu batu, strawberi.

0 ulasan: